E-Sijil hanya akan dihantar selepas acara tamat dan keputusan dimuktamadkan. E-sijil akan dihantarkan ke e-mel yang didaftarkan untuk acara tersebut. Nama yang akan muncul pada e-sijil adalah nama yang digunakan untuk mendaftar untuk acara tersebut.
Sila semak di semua folder e-mel anda seperti peti masuk/spam/promosi/notifikasi.
Anda boleh klik pada link yang di dalam e-mel untuk membuka e-sijil anda. Jika ia tidak berkesan, sila cuba yang berikut:
- Buka e-mel itu dalam 'Incognito mode' dan klik link e-sijil
- Gunakan peranti lain untuk membuka e-mel dan link tersebut
Jika anda masih tidak menjumpai e-mel e-sijil tersebut, sila hubungi kami di hello@getbiib.com dengan butiran pendaftaran anda dan penjelasan tentang situasi anda.
*Sila maklum bahawa e-sijil hanya boleh dihantar selepas Penganjur Acara telah memberikan e-sijil dan maklumat yang diperlukan untuk menghantarnya.