Ini akan bergantung pada acara dan proses penghantaran untuk setiap acara dan Penganjur Acara tersebut. 


Jika BiiB bertanggungjawab untuk menghantar ganjaran, anda sama ada akan menerima e-mel daripada perkhidmatan pengeposan itu atau daripada BiiB. Anda hanya akan menerima e-mel ini selepas ganjaran anda telah diproses dan sedia untuk diposkan. 


E-mel notifikasi ini akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan untuk acara tersebut. Sila pastikan bahawa anda semak e-mel anda untuk e-mel notifikasi ini ataupun e-mel yang mengandungi nombor penjejakan.


Sila maklum bahawa peserta bertanggungjawab untuk menjejeak bungkusan mereka sendiri. 


BiiB tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan bungkusan oleh perkhidmatan kurier dan/atau jika peserta telah mendaftar dengan maklumat yang salah.